Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Bahan-bahannya
3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.
Cara membuatnya
1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah
tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato
kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun
kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.
Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin
dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
Ikan yang sedap
dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan
lain boleh juga, tak ada masalah.
Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini
ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga
kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar
untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.
COOK WITH YOUR SOUL OF LOVE!!!!!!
No comments:
Post a Comment